Wednesday, June 10, 2009

ESQ Training

Pada hujung minggu lepas, aku telah menghadirkan diri ke PICC, Putrajaya untuk ESQ Training Angkatan ke-34 KL. Bertempat di Putrajaya International Convention Centre, seramai lebih kurang 1,000 orang mengahdirinya. Dan aku adalah salah seorang daripadanya.Bermula pada hari Jumaat sehingga hari Ahad.

Banyak ilmu dan kesedaran yang aku terima di training ini...Ya Allah aku banyak berdosa kepadaMu Ya Allah..Ampunkan lah segala dosa-dosaku...aku hanya insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesilapan Ya Allah...Semoga Allah bukakan pintu hatiku dan muslimin muslimat seantero dunia...

semua tersenyum...tanda cerianya kitaorang

Betapa banyaknya dosa kita selama ini....Sebelum aku menghadiri training ini, bermacam-macam cerita yang didengar, ada yang baik dan ada yang agak kurang baik tetapi apabila aku menghadiri training ini barulah aku mendapat gambaran yang sebenar...


gembiranya dah habis...moga-moga diberkati..Insya'Allah

Semoga segala ilmu dan kesedaran ini akan terus kekal...Insya'allah...

No comments: